Pesona fm

Pesona fm merupakan platform baharu Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) dalam mengglobalkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bukan sahaja dalam bidang seni, budaya dan warisan, malah meliputi semua jaringan industri keusahawanan, teknologi, penyelidikan dan akademik UniSZA. Sebagai permulaan penyampai-penyampai kami terdiri daripada warga unisza dan seterusnya akan diserikan lagi dengan kemunculan pelajar-pelajar dari Kelab Media Seni UniSZA. Radio internet tanpa frekuensi ini berkonsepkan ‘edutainment’ dan ‘student oriented’, membuka peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar UniSZA khususnya ahli Kelab Media Seni dan Kelab Pengurusan Teknikal untuk berkarya dan alami sendiri dunia penyiaran menerusi bidang pengacaraan, hebahan dan pengurusan teknikal di Pesona fm.

KARYA LEGASI KITA